Ilmu Akhir Zaman



Madrasah al-Attas al-Arabiah Johor

Penubuhan madrasah adalah salah satu usaha terpenting Habib Hassan di dalam memastikan penyebaran agama Islam dan Bahasa Arab dapat disampaikan kepada penduduk-penduduk tempatan. Madrasah pertama yang beliau usahakan diberi nama Madrasah al-Attas di negeri kelahiran beliau, Pahang Darul Makmur pada tahun 1860. Madrasah ini kemudiannya diserahkan pentadbirannya kepada kerajaan negeri Pahang sehingga ke hari ini. Seterusnya, beliau berhijrah ke Johor. Setelah beliau berpindah dan bermastautin di Johor, beliau menubuhkan satu lagi madrasah yang juga diberi nama Madrasah al-Attas pada tahun 1913. Madrasah ini kekal sehingga kini dan ditadbir oleh pewaris-pewaris beliau. Madrasah al-Attas Johor yang pada awal operasinya terletak di atas Bukit Timbalan, Johor Bahru ini memulakan sesi pembelajarannya hanya dengan kehadiran 80 orang pelajar. Mudirnya yang pertama adalah Tuan Haji Ahmad Gusti, dibantu oleh YM Tuan Syed Alwi bin Ahmad al-Attas dan Tuan Syeikh Arafat Mansor dari Kaherah, Mesir.
Dalam jangkamasa yqng singkat, nama madrasah ini telah tersebar luas ke seluruh pelusuk negeri Johor menyebabkan bertambahnya jumlah permohonan untuk memasukinya. Berikutan pertambahan itu, Habib Hassan terpaksa memindahkan Madrasah al-Attas ke tempat yang baru. Tapak baru madrasah ini juga terletak di atas sebuah bukit, iaitu Bukit Seri Kopi, berhampiran dengan Sekolah Melayu Ayer Molek, Johor Bahru. Kemudiannya, buat kapi yang ketiga, Madrasah al-Attas terpaksa dipindahkan lagi di bangunan sementara yang lebih besar dan sesuai untuk menampung pertambahan pelajar-pelajarnya. Ia terletak bersebelahan dengan Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) yang masih wujud sehingga ke hari ini. Sehingga pada tahun 1925, jumlah pelajarnya meningkat lagi kepada 300 orang. Dan untuk kali yang keempat, sekolah ini telah dipindahkan berdekatan dengan rumah Habib Hassan sendiri, iaitu di Kampung Habib Hassan yang kini dikenali sebagai Kampung Wadi Hassan. Habib Hassan kerap mengadakan solat berjemaah bersama-sama dengan pelajar-pelajarnya di sebuah masjid yang didirikan di kampung tersebut.

Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar di atas sebuah bukit di KM23, Jalan Kota Tinggi - Ulu Tiram. Dan di atas bukit inilah seterusnya Madrasah al-Attas dibangunkan dengan kemudahan sekolah, asrama, rumah guru, rumah pekerja, surau dan perpustakaan. Penempatan baru ini adalah lebih luas dan lebih banyak pula kemudahan-kemudahan yqng disediakan. Perpindahan ini adalah rancangan Habib Ali bin Muhammed al-Attas hari ini mempertingkatkan lagi pengurusan dan pentadbirannya.


Kalami Lisani

Post a Comment

0 Comments

Ulasan