Ilmu Akhir Zaman



Sedekah ( Menyumbang / Memberi ) : Khasiat & Kebaikan

KHASIAT SEDEKAH - Bhg. 1

1. MEMADAMKAN KEMURKAAN ALLAH

Sabda Rasulullah SAW:

ﺇﻥ ﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺳﺮ ﺗﻄﻔﺊ ﻏﻀﺐ ﺍﻟﺮﺏ ﺗﺒﺎﺭﻙ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ Sesungguhnya sedekah itu adalah satu rahsia yang memadamkan kemurkaan tuhan yang Maha Mulia
[ HR Tabrani ]

2. MENGHAPUSKAN DOSA DAN KESALAHAN

Sabda Rasulullah SAW:

ﻭﺍﻟﺼﺪﻗﺔ ﺗﻄﻔﺊ ﺍﻟﺨﻄﻴﺌﺔ ﻛﻤﺎ ﺗﻄﻔﺊ ﺍﻟﻤﺎء ﺍﻟﻨﺎﺭ
Dan sedekah itu memadamkan kesalahan sebagaimana air yang memadamkan api [ HR Tirmizi ]

3. PERISAI DARI API NERAKA

Sabda Rasulullah SAW

ﻓﺎﺗﻘﻮﺍ ﺍﻟﻨﺎﺭ ، ﻭﻟﻮ ﺑﺸﻖ ﺗﻤﺮﺓ
Takutlah kepada api neraka, walau hanya dengan sebelah buah tamar
[ HR Bukhari dan Muslim ]

4. BERADA DI BAWAH NAUNGAN DI PADANG MAHSYAR KELAK

Sabda Rasulullah SAW:

: } 7 ﻣﺎ ﺗﻨﻔﻖ ﻳﻤﻴﻨﻪ { ﺭﺟﻞ ﺗﺼﺪﻕ ﺑﺼﺪﻗﺔ ﻓﺄﺧﻔﺎﻫﺎ ، ﺣﺘﻰ ﻻ ﺗﻌﻠﻢ ﺷﻤﺎﻟﻪ ﺍﻟﺴﺒﻌﺔ ﻳﻈﻠﻬﻢ ﷲ ﻓﻲ ﻇﻠﻪ ﻳﻮﻡ ﻻ ﻇﻞ ﺇﻻ ﻇﻠﻪ
Golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan selain dari nanganNya…. ( antaranya ) : Lelaki yang bersedekah dalam keadaan sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diderma tangan kanan.
[ HR Nasaie ]

5. PENAWAR PENYAKIT Sabda Rasulullah SAW:

ﺩﺍﻭﻭﺍ ﻣﺮﺿﺎﻛﻢ ﺑﺎﻟﺼﺪﻗﺔ
Ubati penyakitmu dengan bersedekah
[HR Abu Daud, Tabrani dan Baihaqi]

6. PELEMBUT HATI

Sabda Rasulullah SAW:

ﻋﻠﻰ ﺭﺃﺱ ﺍﻟﻴﺘﻴﻢ ﺇﺫﺍ ﺇﺭﺩﺕ ﺗﻠﻴﻴﻦ ﻗﻠﺒﻚ ﻓﺄﻃﻌﻢ ﺍﻟﻤﺴﻜﻴﻦ ، ﻭﺍﻣﺴﺢ Jika kamu mahu melembutkan hatimu maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepada anak yatim.
[ HR Ahmad ]

7. MALAIKAT SENTIASA MENDOAKAN KITA

Sabda Rasulullah SAW:

ﺍﻵﺧﺮ : ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﻋﻂ ﻣﻤﺴﻜﺎ ً ﺗﻠﻔﺎ ﻓﻴﻘﻮﻝ ﺃﺣﺪﻫﻤﺎ : ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺃﻋﻂ ﻣﻨﻔﻘﺎ ً ﺧﻠﻔﺎ ً، ﻭﻳﻘﻮﻝ ﻣﺎ ﻣﻦ ﻳﻮﻡ ﻳﺼﺒﺢ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﻓﻴﻪ ﺇﻻ ﻣﻠﻜﺎﻥ ﻳﻨﺰﻻﻥ
Tidak akan datang waktu pagi kecuali padanya turun dua malaikat, salah satunya berkata: Ya Allah, berilah ganti pada yang menderma itu. Seorang lagi berkata: Ya Allah berilah kebinasaan pada yang kedekut.
[ HR Bukhari dan Muslim ]

8. DIGANDA PAHALA DAN GANJARAN

Firman Allah SWT:

ﺳُﻨﹿﺒَُﺔ ٍ ﻣِﺌﹷﺔ ُ ﺣَﺒﺔ ٍ ﻭَﺍﻟﻪ ُ ﻳُﻀﹷﺎﻋِﻒ ُ ﻟِﻤَﻦُ ْ ﻳَﺸﹷﺎء ﻛﹷﻤَﺜﹷﻞ ِ ﺣَﺒﺔ ٍ ﺃﹶﻧﹿﺒَﺘﹷﺖ ْ ﺳَﺒْﻊ َ ﺳَﻨﹷﺎﺑﹻﻞ َ ﻓِﻲ ﻛﹹﻞ ﻣَﺜﹷﻞ ُ ﺍﺬِﻳﻦ َ ﻳُﻨﹿﻔِﻘﹹﻮﻥ َ ﺃﹶﻣْﻮَﺍَﻬﹹﻢ ْ ﻓِﻲ ﺳَﺒﹻﻴﻞِ ِ ﺍﻟﻪ
Bandingan orang yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah adalah seperti mereka yang menanam satu biji benih, daripada satu biji itu tumbuh 7 tangkai, daripada setiap tangkai tumpuh pula 100 biji, dan allah akan menggandakan bagi sesiapa saja yang dikehendakinya.
[ al-Baqarah:261 ]

Post a Comment

0 Comments

Ulasan