Ilmu Akhir Zaman



Terma & Syarat - Langkah Demi Langkah

Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com - blog Rasmi komuniti ).

>>> Untuk makluman dan perhatian Rakan Sahabat BARU yang berminat

Langkahnya adalah seperti yang berikut di bawah ( KongsiKongsiKongsiKitaGergasi ) :-

1. Buka laman blog rasmi komuniti seperti di atas.

2. LIKE kedua-dua Facebook fanpage komuniti gabungan ( Rakan COPS PDRM & Lebuhraya Utara-Selatan ) sepertimana yang akan dipamerkan sebentar nanti.

3. Baca sepintas lalu dan isikan semua maklumat sepertimana diminta. Kotak yang ditandai 'Bintang @ Asterik' adalah maklumat WAJIB diisikan.

4. Teruskan membaca dan fahami maksud komuniti, " apa, kenapa dan sebagainya. "


5. Nota PENTING :-

Komuniti juga bertujuan sebagai medan kerjasama antara Pihak PDRM itu sendiri dan Orang AWAM. Sehubungan itu HANYA terdapat 2 pengenalan KHAS dalam CallSign ( lebih dikenali sebagai - signboard - dikalangan pengguna zello ) Rakan RASMI komuniti gabungan iaitu |[PDRM]| @ |[AWAM]|.

PDRM hanya untuk anggota selebihnya adalah AWAM termasuk tentera, bekas tentera, polis bantuan, bekas polis dan mana-mana juga pasukan keselamatan negara.

Oleh yang berikut, pendaftaran dengan tujuan penggunaan |[PDRM]| adalah diwajibkan mengisi No. Keanggotaan ( No. Badan ) untuk semakan dalam sistem.

Semakan ini hanya akan dilakukan oleh Tuan Tanah Channel a.k.a Pengerusi Komuniti Gabungan - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD untuk PENGESAHAN.

Ini bertujuan untuk mengelakkan penyamaran dikalangan ahli komuniti untuk tindakan-tindakan luar jangkaan semasa atau di luar "alam komunikasi penggunaan aplikasi zello".

Namun, sedikit kelonggaran adalah bersifat terbuka dimana, di dalam callsign |[AWAM]| akan ada |[PDRM]| dan sebaliknya ... di dalam |[PDRM]| TIDAK AKAN ADA |[AWAM]|.

Dalam bahasa lebih mudah ...
" JANGAN MENGADA MENGGATAL ORG AWAM NAK MENYAMAR ANGGOTA !!! ".

Harap maklum.

6.1 Selanjutnya, semua pendaftaran baru yang bersedia bergabung menjadi rakan komuniti MESTI bersetuju ( soalan terakhir borang online ) agar maklumat diisikan boleh dipamer dengan tujuan rujukan rakan sahabat yang lain.

6.2 ( Walaupun demikian, borang online ini dalam proses penambahbaikan dimana data lebih peribadi akan diminta sebagai tanda sokongan pada rakan rasmi komuniti - sedikit masa lagi yang akan diberitahu kelak semasa ke semasa. Data yang terhad akan dipamerkan untuk rujukan rakan sahabat dan ditutup sepenuhnya HANYA untuk ahli komuniti berdaftar SAHAJA yang dibolehkan meng'akses'nya. InsyaAllah ).

7. Klik [Submit] atau [Hantar] diakhir langkah pendaftaran. Borang online akan membalas "Terima kasih kerana mendaftar ...". Ini adalah petanda positif bahawa borang pendaftaran telah dihantarkan untuk tindakan lanjut dalam 24 Jam berikutnya. Sebaliknya, jika tiada adalah bermaksud pendaftaran adalah GAGAL ... sama ada terdapat masalah teknikal di pihak rakan sahabat. Mungkin internetnya atau kotak WAJIB ISI tidak diisikan dengan sempurna. Andai ini berlaku, silalah ulangi Langkah No. 3.

8. Selanjutnya, kembali ke blog rasmi komuniti untuk pengesahan pendaftaran kepada Tuan Tanah Channel a.k.a Pengerusi Komuniti Gabungan. Caranya, klik digambar RC001|[PDRM]|SiLent_DaD. Rakan sahabat akan dibawa ke laman Facebook Rasmi beliau. ADD FRIEND adalah WAJIB atau andai gagal nyatakan melalui pesanan ( Facebook Private Message @ PM ). Walaupun demikian, cara alternatif adalah WhatsApp dan BBM.

9. Rakan sahabat akan dihubungi oleh Tuan Tanah Channel ( Facebook @ WhatsApp - salah satu ) berkaitan Format Rasmi Callsign di Channel : Rakan COPS PDRM.

PENTING : Pastikan anda dapat dihubungi pada bila-bila masa dalam apa juga cara ( No. Telefon, Email, WhatsApp dan Facebook ) bagi tujuan pihak komuniti mengenalpasti rakan AKTIF dan sebaliknya.

Semoga kita terus dan terus berhubungan. Mana-mana rakan sahabat yang membuat pendaftaran TETAPI GAGAL DIHUBUNGI atau GAGAL MEMPAMERKAN 'BAYANG' dalam tempoh SETIAP SATU BULAN. Adalah secara AUTOMATIK pendaftaran rakan sahabat TERBATAL untuk digantikan dengan pendaftaran lain yang lebih AKTIF SEBAGAI GANTI.

Contoh : callsign RCXXX GAGAL diketahui update terkini tentang dirinya melalui semua medium komunikasi dunia tanpa sempadan yang diiktiraf oleh komuniti ( Zello itu sendiri, No. Tel - Paling Jarang Digunapakai -, WhatsApp, Email dan Facebook setidak-tidaknya ) ... SECARA AUTOMATIK CALLSIGN TERLIBAT AKAN BERTUKAR TANGAN TANPA NOTIS. Pendaftaran semula adalah digalakkan untuk pemilik callsign asal, namun sekiranya TIDAK BERMINAT pihak pengurusan komuniti tidak akan memaksa.

( Info lanjut akan diulangsiar di Zello dan Facebook untuk makluman rakan sahabat terlibat. )

10. Langkah Paling Penting ... Memuat-turun / memasang aplikasi Zello di smartphone ( berinternet - WiFi atau Berbayar ).

Caranya : kembali ke blog komuniti dan di tebing blog terpamer model telefon rakan sahabat. Sama ada pengguna Iphone, Android, Blackberry atau hanya sekadar pengguna Komputer Peribadi - PC ( Maaf Pengguna dengan Sistem Operasi Symbian adalah TIDAK DISOKONG OLEH APLIKASI INI ).

Istimewa : Pengguna "Android" juga boleh memuat-turun - ThunderCats Zello versi 20.20i - Modifikasi Khas #Rakan COPS PDRM seperti dipamer ruang atas logo komuniti di blog rasmi. Diubahsuai cara capaiannye ke internet, dimatikan bunyinya dan aktif getaran dan Bahasa Melayu Sepenuhnya.

Semoga aplikasi ubahsuaian khas ini dapat digunapakai oleh semua org Malaysia terutamanya rakan sahabat yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti Rukun Tetangga. InsyaAllah.

Selanjutnya ... ikuti arahan yang tertera semasa proses pemasangan aplikasi dilakukan. ( Rakan sahabat digalakkan terus menerus berhubung demi memudahkan apa juga perkara - sebarang masalah boleh hubungi atau bertanyakan di Facebook atau mana-mana medium perhubungan yang diiktiraf oleh komuniti seperti dinyatakan di atas ).

11. Setelah selesai installation / pemasangan aplikasi :-

Create New Account
- Masukkan Format Callsign sepertimana dihantar oleh Tuan Tanah Channel kepada anda.

Add Channel
- Tekan dilambang '+' untuk menyertai channel dengan taip :-
> Rakan COPS PDRM
> Lebuhraya Utara-Selatan

Start LIVE Conversation !
- Mulakan dengan Salam bagi Muslim atau salam selamat bagi yang lainnya.
- Nyatakan anda rakan baru ( biasanya Tuan Tanah Channel @ Rakan Pengurusan akan memaklumkan kehadiran rakan baru dalam Jaluran Komuniti @ Facebook )
- Setiap perbualan yang dimulakan MESTILAH ditamatkan dengan patah kata penutup sama ada Terima, Roger atau Ganti sebagai penamat.
- Kegagalan mematuhi Kod Etika BerPTT bakal mengundang padah dimana anda mungkin DISINGKIRKAN!!! ( istilah lain rakan zello - "Pakej Melancong Ke Bulan" ).
- Bercakap Bila Perlu . Berdiam Selalunya Yang Terbaik. ( Pastikan Anda Respond Bila Dipanggil Sekiranya Berkelapangan ).

Gantikan Gambar Profile
- Sila ke fanpage komuniti untuk muat-turun logo ke telefon dan dipasangkan sebagai Gambar Profile Callsign Zello Anda.

12. Langkah PENTING & Terakhir - Pendaftaran dan Menyertai Komuniti.
- Kembali ke blog komuniti, klik capaian untuk sertai Group Facebook Rakan Rasmi Komuniti RC Callsign dengan LINK di blog ditandakan dengan "RC Callsign ?".

13. Sekadar makluman ... Seandainya anda menghadapi sebarang permasaalahan di sekitaran lokasi boleh unjurkan kepada komuniti melalui semua medium dunia tanpa sempadan ( No. Tel, Email, WhatsApp dan Facebook - Fanpage + Group RC ) untuk bantuan. Sebaliknya andai SEGAN, data rakan sahabat untuk mohon bantuan seandainya ada yang FREE, boleh dilihat dengan klik capaian ( "Semua RC Callsign" ) yang dikongsikan di bawah Logo Rasmi Komuniti di Blog Rasmi Komuniti.

Nota : Rujuk rakan komuniti lain untuk pengesahan identiti rakan sahabat yang diminta pertolongan atau yang meminta pertolongan.

Sesiapa pun boleh jadi sesiapa . Pastikan anda sentiasa berada dalam posisi selamat. Jangan PANIK. Bertindak dengan tenang.

Akhir kata dari SAYA ( RC001|[PDRM]|SiLent_DaD ) mewakili seluruh rakan pengurusan dan rakan moderator selanjutnya seluruh rakan rasmi Komuniti Gabungan ...

- Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
( Hebahan Info Jenayah + Berkenalan )
- Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan
( Perkongsian Informasi Trafik Sepenuhnya )
- Komuniti Radio Online - Bara FM



Yang Benar,



Yahya A Rahman
Tuan Tanah Channel a.k.a Pengerusi Komuniti



Muat-Turun ] /// [ Buka Borang ]

Ulasan