ya allah ya tuhan ku,
aku menghulurkan kedua tanganku yang
hina ini, memohon engkau limpahkan rahmat dan hidayahmu. terasa terlalu lemah
diri ini tanpa pertolonganmu ya allah. ya allah, segala pujian bagimu tuhan
sekelian alam. yang maha pemurah lagi maha mengasihani. tuhan pemerintah hari
pembalasan. hanya engkaulah yang kami sembah dan kepadamu kami memohon
pertolongan. tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan orang-orang yang engkau
telah kurniakan nikmat keatas mereka. bukannya jalan orang yang engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat. ya allah ya zaljalaaliwalikrom, ampunkan
dosa-dosa ku kepada mu ya allah. aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih
melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya engkau murkai, aku masih lalai dalam
ibadat walaupun ku tahu ianya engkau tuntuti. ya allah, teguhkanlah iman ku,
kuatkanlah hatiku, kurniakanlah kepadaku hidayahmu, taufiqmu dan lindunganmu.
jauhilah aku dari segala laranganmu, dekatkanlah aku dengan segala suruhanmu,
tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, tanamlah rasa cinta dihatiku
kepada ibadat. ya allah, ya rahim ya karim, jadikanlah aku hambamu dan umat
muhammad saw yang beriman kepadamu dan berbakti kepada kedua ibubapaku. ya
allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. kasihilah mereka sebagaimana mereka
mengasihiku ketika aku kecil. bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman
kepadamu. aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya allah. terlalu banyak
budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka. kasih sayang mereka
kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu, engkau melarang menyebut
walaupun perkataan "huh" kepada mereka. didikan dan asuhan mereka aku
ambil ringan. aku lupa ya allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku
berjaya kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku. kesakitan
yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku. tidur malam mereka aku
ganggu. titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku. tidak pernah
mereka mengadu letih. tidak pernah mereka mengadu sakit. lauk yang dimulut
sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku. harta yang dikumpul sanggup
dilepaskan untuk pendidikanku. namun selama ini aku lupa semua itu ya allah.
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya allah. kerana mereka tidak
pernah mengadu kepadaku ya allah. ya allah ya rahman ya rahim. dimalam ini aku
terkenang semua itu. dimalam ini aku mengadu kepadamu ya allah. dimalam ini aku
memohon sepenuh hati kepadamu ya allah. rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa
mereka, dan sekiranya ketika ini mereka engkau siksa di dalam kubur ya allah.
aku memohon agar engkau hentikanlah ya allah. aku memohon agar jangan engkau
siksa ibubapaku ya allah. aku tahu ya allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin dapat menahan siksaanmu yang amat pedih itu ya allah. perkenankanlah
doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh. yang engkau janjikan akan
diperkenankan ya allah ya tuhanku. maha suci allah yang maha besar. engkau
jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh. yang mendoakan keampunanku
daripadamu ya allah. jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya
allah. dan jangan engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakamu. teguhkanlah
iman mereka ya allah. jauhilah mereka dari siksamu ya allah. tuhan sekelian
alam.
amin. amin ya rabal a'lamin ...
nukilan : ~kuretomey~ ///
::: sumber :::
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.