KUALA LUMPUR : Permohonan
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31
Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini
Selasa. Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi,
tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota
keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu
pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi
borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata
kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M
2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat
atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Pembayaran akan dibuat
kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat
kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. Untuk maklumat
lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka
mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet
2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014
kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada
RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas
dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada
RM300.
Selain itu caruman
Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan
diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum
sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya
kekal. Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan
menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.
Sumber : BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.