Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata polis akan melakukan rondaan dan pemantauan bagi mengelak kejadian seperti pecah kereta, samun, pergaduhan dan ragut sepanjang sambutan itu sehingga Ahad ini.
Beliau memberitahu Bernama, Thaipusam yang disambut pada Jumaat membolehkan warga Wilayah Persekutuan dan Selangor bercuti panjang.
"Pasti ramai yang akan mengunjungi Batu Caves termasuk pelancong asing," katanya.
Selain itu, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Udara
Polis juga akan digerakkan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
Shukri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan polis ketika sambutan itu termasuk tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan atau demonstrasi.
BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.