58 warga asing tak lepas kepungan

Kuala Langat: Panik selepas perjalanan ke tempat kerja tiba-tiba ‘tergendala’ kerana ditahan pihak berkuasa, beberapa lelaki warga asing yang berada di dalam bas kilang berkenaan nekad melarikan diri menggunakan pintu kecemasan kenderaan itu.
Bagaimanapun, cubaan itu sia-sia apabila 58 warga asing itu ditahan berikutan kawasan itu dikepung pihak berkuasa yang menjalankan Ops Nyah di Pulau Carey, di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, sepasukan anggota Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Muar, Johor, yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan menahan tiga bas kilang kerana didapati dalam keadaan mencurigakan.
Difahamkan, pekerja asing dari Indonesia, Vietnam, Nepal, Myanmar dan Bangladesh berusia 20 hingga 50 tahun termasuk tiga wanita yang bekerja sebagai buruh itu dalam perjalanan ke sebuah tapak pembinaan di sekitar Pulau Carey.

Ketua Operasinya Inspektor Mohd Hafizuddin Mejah berkata, pemeriksaan ke atas warga asing berkenaan mendapati mereka tidak memiliki permit dan pengenalan diri yang sah.

Katanya, semua yang ditahan mengaku bekerja di tapak pembinaan sekitar Pulau Carey lebih lima bulan lalu dan tinggal di kawasan yang agak jauh dan memerlukan mereka menaiki bas disediakan majikan.

Menurutnya, Semua yang ditahan dibawa ke Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sumber : Harian Metro


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan