penduduk kampung yang masih hilang dalam tragedi bot panjang karam di Daro semalam dihentikan 6 petang ini berikutan keadaan hujan dan ombak besar di Batang Lassa.
Ketua Polis Daerah Matu/Daro DSP Wagner Lisa Libut berkata operasi akan disambung semula 7 pagi esok.
Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menemui mayat Norsiah Abdullah, 45, di kawasan Kampung Kut, tempat bot itu terbalik.
Mayat tiga wanita ditemui semalam. Jenazah tiga wanita itu dikebumikan di kampung mereka di Kampung Tekajong tengah hari ini.
Kemalangan kira-kira pukul 1 tengah hari itu berlaku apabila bot panjang yang membawa 27 orang dari Kampung Tekajong pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Saai terbalik akibat dipukul ombak besar.
Lapan penumpang dilaporkan hilang dan mayat Norsiah ditemui hari ini, menjadikan tujuh lagi masih hilang. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.