Ilmu Akhir Zaman



Dua pengutip kereta curi kantoi

Puchong: Tindakan pantas penduduk menghubungi Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 selepas melihat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta sebuah pangsapuri Taman Kinrara di sini, membawa kepada penahanan mereka, kelmarin.

Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki berusia 20-an itu mendapati mereka terbabit dengan sindiket curi kereta sekitar Lembah Klang dan datang ke kawasan perumahan itu untuk mengambil dua kereta curi yang disimpan sementara di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, seorang penduduk pangsapuri itu yang terlihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan bertindak menghubungi MERS 999 dan memaklumkan kejadian itu.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat kemudian bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek yang ketika itu mahu mengambil dua kereta Volkswagen dan PERODUA Myvi.
“Hasil siasatan lanjut polis berjaya menemui sebuah lagi kereta PERODUA Kancil di Klang dan semua kenderaan itu dirampas dan suspek ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati suspek bertindak sebagai pengutip kereta curi yang diletakkan di sesuatu tempat oleh sindiket sebelum diambil semula,” katanya.

Katanya, pihaknya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada masyarakat kerana prihatin dan bertindak pantas menghubungi polis sehingga tertangkap kedua-dua suspek.

Sumber : Harian Metro


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan