KEBERANIAN POLIS SELESAIKAN KES BUNUH BERSIRI DAERAH BATU PAHAT

Empat kes bunuh bersiri telah dilaporkan berlaku di Batu Pahat. Kes pertama, pada 3/11/2013 jam 8.25 pagi, satu kejadian bunuh melibatkan 1 lelaki Melayu berumur 67 tahun merupakan seorang penjaga stor simpanan spare part Motosikal di Jalan Sulaiman, Batu Pahat. Beliau telah ditemui mati ditempat kejadian dengan kecederaan dikepala.

Kes kedua, pada 22/11/2013 jam 9.10 pagi, satu lagi kejadian bunuh dilaporkan berlaku di sebuah kedai serbaneka di Batu Pahat, dimana 1 perempuan Cina berumur 76 tahun merupakan pemilik kedai telah ditemui mati didalam kedai tersebut dengan kecederaan dikepala.

Kes ketiga, pada 1/12/2013 jam 2.40 petang, pihak polis telah menerima satu laporan kejadian bunuh melibatkan 1 lelaki Melayu berumur 67 tahun merupakan seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Tongkang Pechah, Batu Pahat. Beliau ditemui mati ditempat kejadian dengan kecederaan dikepala.

Kes keempat, pada 29/12/2013 jam 3.00 petang, pihak polis juga menerima laporan 1 lelaki Cina berumur 55 tahun telah ditemui mati di kediamannya di Kg. Merdeka, Batu Pahat dengan kecederaan dikepala.

Modus Operandi keempat-empat kejadian bunuh ini adalah samun dan bunuh. Penjenayah juga menggunakan objek tumpul bagi mencederakan dan membunuh mangsa semasa melakukan samun. Ekoran dari itu, pihak polis telah menubuhkan Task Force bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mengesan dan menangkap pelaku jenayah dalam kejadian ini.

Bertindak di atas maklumat, pada 8/1/14 jam 12.05 pihak polis berjaya menahan 1 lelaki berumur 30 tahun di Taman Cahaya Masai, Masai, Johor kerana disyaki terlibat dalam kes ini. Ekoran daripada penangkapan ini, pada jam 2.20 petang hari yang sama, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah rumah tepi laut di Kg. Makam, Ulu Tiram.

Semasa pihak polis membuat pemeriksaan, suspek telah bertindak melarikan diri terjun ke laut dan berenang ke arah hutan paya bakau. Bagi melaksanakan tangkapan, seorang pegawai dan seorang anggota polis telah terjun ke laut yang bergelora dan dalam bagi membuat tangkapan. Keberanian pegawai dan anggota ini yang bertindak tanpa mengira bahaya telah menjayakan tangkapan ini. Pihak polis telah berjaya menangkap suspek 1 lelaki berumur 35 tahun dan telah merampas 5 buah telefon bimbit, 1 ipad, 2 pendrive dan 5 memory card.

Kedua-dua suspek mempunyai 3 rekod jenayah lampau dan ditahan reman dari 9/1/2014 hingga 15/1/2014. Kes disiasat di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati


SUMBER FACEBOOK PDRM

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan