KENDERAAN DITEMUI SETELAH SATU JAM DICURI

SABAK BERNAM, 20 Januari – Jumaat lalu seorang lelaki umur 33 tahun ditahan sepasukan anggota Trafik dan kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam dipercayai baru sahaja mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna di Rawang, Selangor. Lelaki tersebut ditahan ketika melalui Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Polis Daerah Gombak bertindak membuat hebahan melalui sistem perhubungan polis sejurus menerima laporan berkaitan kehilangan kenderaan tersebut. Sejurus hebahan dibuat anggota Trafik yang kebetulan dalam perjalanan untuk menjalankan tugas Op Palu di Kuala Selangor telah terserempak dengan kenderaan yang dimaksudkan dan terus menahan lelaki tersebut bersama kenderaan dipandunya. Hasil semakan mendapati kenderaan tersebut dilaporkan dicuri di hadapan sebuah Hotel di Rawang, Selangor di antara jam 6.30 pagi.

Suspek bersama kenderaan tersebut kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.


SUMBER FB POLIS SELANGOR

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan