Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, Muhammad Hafizol Salman, 20, dan isterinya, Nor Suhaida Abdullah, 21, sedang bersiap untuk ke Perak sebelum diserang dua suspek terbabit di rumahnya.
"Ketika kejadian, tiga lelaki yang menaiki dua buah motosikal telah berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum dua daripada suspek itu menuju ke arah mangsa yang sedang mengisi barang ke dalam kereta.
"Muhammad Hafizol kemudiannya bertindak melarikan diri masuk ke dalam rumah sambil diekori dua suspek itu yang terus menyerang dan menetak mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Azham berkata, mangsa yang parah di kepala dan tangan kemudiannya cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah untuk ke rumah kakaknya yang terletak berdekatan, namun terus ditetak di halaman rumah sebelum suspek melarikan diri.
sumber FB VAT69
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.