Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata bagi tempoh itu, sebanyak 1,972 kemalangan dicatat berbanding 2,199 kes dalam Op Selamat 2 bersempena perayaan Tahun Baharu Cina pada 2013.
"Kita berharap hari-hari mendatang sepanjang Op Selamat 4 dijalankan, ia akan menunjukkan statistik yang positif. Pasukan kita telah meningkatkan keupayaan penguatkuasaan keseluruhan sebanyak 30 peratus terhadap pesalah lalu lintas," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi Op Selamat 4 di Simpang Pulai hari ini.
Beliau turut mengulangi bahawa polis tidak akan berkompromi dan sedia mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan saman selain menggunakan tindakan perundangan terhadap kesemua pesalah lalu lintas.
Ini selaras dengan sasaran Op Selamat 4 iaitu mengurangkan kemalangan jalan raya sekurang-kurangnya lima peratus berbanding operasi sebelum ini menerusi pendekatan penguatkuasaan penuh, katanya.
"Kita percaya operasi ini akan mencapai matlamat yang ditetapkan selaras dengan tema kali ini iaitu 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi', kita berusaha untuk mencapai sasaran itu," katanya.
Salleh juga yakin dengan kemampuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat rondaan serta pengawasan di kawasan perumahan, dan peratusan jenayah terutama pecah rumah, dapat dikurangkan.
"Kita juga akan memantau dengan rondaan polis terhadap rumah yang ditinggal sempena cuti perayaan ini. Ketua polis daerah dan balai perlu mengatur rondaan ke rumah yang ditinggalkan itu dengan syarat tuan rumah memaklumkan kepada polis melalui borang maklumat meninggalkan rumah," katanya.
Beliau berkata pemilik rumah perlu berbuat demikian atau menghubungi balai polis berhampiran agar PDRM boleh mengatur rondaan spesifik ke kawasan perumahan yang ditinggalkan.
Selain itu, Salleh berkata polis Perak menerima tambahan 80 motosikal, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 100 di bawah Unit Rondaan Bermotosikal di negeri berkenaan dan ia akan menyaksikan rondaan serta kehadiran anggota polis di kawasan awam secara lebih kerap. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.