Bukit
Aman, 23 Jan – “PDRM sentiasa berusaha untuk mengambil langkah
sewajarnya di dalam mengurangkan kadar kemalangan dengan menjalankan
operasi seperti Op Selamat ini di samping operasi-operasi lain yang akan
dijalankan secara berterusan daripada masa ke semasa,” ujar Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, hari ini.
Berucap sempena Majlis Pelancaran Op Selamat 4/2014 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di Kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) Seremban Arah Selatan, Lebuhraya PLUS, beliau menjelaskan operasi ini memberi fokus keselesaan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat ketika berada di jalan raya dan pihak polis akan berusaha untuk mengurangkan risiko kemalangan terutamanya kemalangan maut ke tahap yang paling minimum.
“Kita akan berusaha memastikan rumah yang ditinggalkan berada di dalam keadaan selamat daripada sebarang perlakuan jenayah, terutamanya pecah rumah, sesuai dengan tema Op Selamat, iaitu ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’,” tambahnya lagi.
Op Selamat 4/2014 sempena sambutan Tahun Baru Cina akan berlangsung dari 24 Januari sehinggalah 7 Februari iaitu selama 15 hari dan pihak polis telah menetapkan kehadiran polis atau omnipresence melalui ‘Konsep Statik dan Ronda’ di lokasi-lokasi strategik termasuklah kawasan yang selalu berlaku kemalangan.
Melalui Op Selamat kali ini, PDRM telah menyusun beberapa strategi yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan dalam konteks ini, Cawangan Trafik akan mengambil pendekatan berteraskan total enforcement memandangkan konsep advokasi dan kesedaran kurang memberi kesan kepada pemandu serta pengguna jalan raya.
Op Selamat ini juga menekankan kepada keselamatan harta-benda atau rumah yang ditinggalkan selama beberapa hari bagi tujuan balik ke kampung halaman dan untuk tujuan itu, rondaan pencegahan jenayah di kawasan perumahan akan terus dipertingkatkan.
Anggota Balai dan kereta peronda (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB) akan bertindak sebagai elemen utama untuk memantau rumah dan premis yang ditinggalkan.
Majlis pada hari ini juga menayaksikan upacara penyerahan sebanyak 51 unit motosikal untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) kepada Kontinjen Negeri Sembilan.
Fasa kedua URB ini akan melibatkan sebanyak 800 buah motosikal yang akan diagihkan ke seluruh negara untuk mewujudkan URB di setiap negeri dan anggota URB ini bukan sahaja melakukan rondaan, malah mereka juga akan berinteraksi dengan penduduk setempat bagi mencegah kegiatan jenayah terutamanya jenayah pecah rumah di kawasan mereka.
Op Selamat kali ini turut menyaksikan PDRM berkolaborasi dengan agensi-agensi laini seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), PLUS, Jabatan Pertahanan Awam, Bank Negara Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Saint John Ambulance dan pihak Konsesi Lebuhraya dalam pasukan “Emergency Response Team” (ERT).
Kolaborasi strategik ‘multi-agency’ ini adalah untuk satu matlamat, iaitu meningkatkan keberkesanan kempen untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan kerugian harta benda.
Dalam pada itu juga, pihak insurans dan takaful di Malaysia di bawah seliaan Bank Negara Malaysia turut menubuhkan sebuah Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan atau lebih dikenali sebagai Accident Assist.
Pusat panggilan yang beroperasi 24 jam sehari ini bertujuan memberikan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan dengan berhubung di talian 1300-22-1188 untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat berkenaan perkhidmatan tunda ke bengkel yang diluluskan; menjawab pertanyaan asas berkenaan tuntutan insurans dan takaful motor; serta menyalurkan maklumat relevan sekiranya pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan.
Op Selamat 4/2014 pada kali ini juga akan memberi pengiktirafan kepada pengguna jalan raya yang berhemah dan di akhir operasi nanti, PDRM serta pihak penaja akan menyampaikan ‘Anugerah Pemanduan Berhemah’ kepada pengguna jalan raya daripada pelbagai kategori.
Begitu juga pemilihan tiga buah kontinjen dan daerah yang terbaik berlandaskan peranan, tanggungjawab dan kejayaan dicapai sepanjang Op Selamat berlangsung.
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Dato’ Sri Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dato’ Dr Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid, Pengarah Urusan Plus Expressways Berhad, Pengarah-pengarah PDRM, DCP Dato’ Osman bin Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, Encik Bakarudin bin Ishak, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, SAC Dato’ Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Ketua-ketua Pengarah, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta NGO, Ketua-ketua dan wakil-wakil persatuan penduduk, agensi-agensi penyelamat serta wakil-wakil media.

sumber FB PDRM
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.