Lelaki tersebut yang juga rakan senegera mangsa ditahan pihak polis di rumah sewanya di Laruh Skim, Gita oleh sepasukan anggota polis yang diketuai ASP Naazron Abdul Yusof sekitar jam 10.20 pagi.
Selain itu, pihak polis turut menemui sebuah motosikal jenis Yamaha dipercayai dicuri oleh suspek untuk melarikan diri dari tempat kejadian selepas insiden tersebut berlaku.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Pauzi Bujang yang mengesahkan tangkapan tersebut memberitahu suspek berasal dari Sebujit, Kalimatan Barat dan akan direman serta disiasat di Bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek dikatakan telah membunuh mangsa yang dikenali sebagai German Lumpen, 27, di sebuah rumah kebun di Kampung Semaba, di Jalan Haji Baki dipercayai berpunca dari perselisihan faham.
Sumber:Utusan Borneo
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.