POLIS RAMPAS DADAH DAN SENJATA BUATAN SENDIRI

Maran, 18 Jan - Polis menahan seorang lelaki dan merampas tiga laras senapang buatan sendiri, sebutir peluru serta serbuk dadah dipercayai heroin dan syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Huma Luas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A.Hamid berkata lelaki berusia 32 tahun itu mempunyai rekod jenayah di bawah Akta Senjata Api 1960 dan penagih dadah.

Lelaki yang ditahan dalam operasi pada pukul 1.30 tengah hari itu disyaki terbabit dalam pengedaran dadah di daerah Maran, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki yang menganggur itu juga disyaki membuat senjata api sendiri menggunakan gas dan bebola besi untuk tujuan bersaing dengan kumpulan pengedar dadah.

Polis turut merampas wang tunai RM120, penimbang digital serta paket-paket kosong, katanya dan memberitahu lelaki itu dipercapai menjadikan rumah berkenaan sebagai pusat memproses dan pengedaran dadah.

BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan