Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kg. Aceh, DSP Shaari Ariffin berkata bertindak atas maklumat, serbuan yang dilakukan oleh pegawai bersama anggota PPM telah berjaya menahan suspek berusia 30-an dipercayai penjaga premis terbabit kira-kira jam 2.30 petang.
“Ekoran dari serbuan yang dilakukan, pihak polis telah menjumpai pelbagai jenis rokok putih, mercun dan bunga api. Kesemua barangan ini telah dirampas dan dianggarkan bernilai RM50 ribu.
Kesemua barangan dipercayai untuk jualan sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba,” kata Shaari.
Suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Kg. Acheh untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(i)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
sumber facebook PDRM
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "


0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.