Rangka itu ditemui seorang penduduk kampung Pantai Tanjung Pahang, ketika dia berjalan-jalan di kawasan pantai itu kira-kira 8 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata polis kini melakukan siasatan terperinci terhadap rangka itu.
"Besar kemungkinan ia ada kaitan dengan beberapa kes lemas sebelum ini atau orang hilang yang belum dijumpai.
"Rangka itu dihantar ke unit forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk ujian DNA," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sehubungan itu Johari meminta mereka yang kehilangan anggota keluarga dan pernah membuat laporan kehilangan anggota keluarga supaya segera menghubungi Balai Polis Tanjung Gemok di talian 09-4132999.
- BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.