Tangkapan dilakukan pada jam 3.00 pagi tadi disebuah rumah di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang, Perak dengan kerjasama Ketua Polis Balai Hutan Melintang. Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membakar dengan niat untuk menyebabkan cedera parah atau kematian dan juga disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. Ketika ditangkap suspek yang juga tidak berkerja didapati memiliki dadah jenis ganja’.
Beliau menambah mangsa utama dalam kejadian tersebut seorang wanita berumur 29 tahun kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur(HKL) berada dalam keadaan kritikal dengan kesan kebakaran hampir 65 peratus pada badannya dan anak mangsa yang berumur 1 tahun 4 bulan juga dalam keadaan kritikal terbakar hampir 9 peratus di bahagian tangan manakala ibu mangsa dirawat sebagai pesakit luar. Polis percayai kejadian berlaku akibat selisih faham antara pasangan bekenaan.
Dalam perkembang lain ACP Khairi bin Ahrasa berkata, ‘bersabit kejadian penemuan mayat di tanah perkuburan Cina Kuang Tong, Jalan Kapten Yap Ah Loi 5, Brickfields, Kuala Lumpur, Polis Kuala Lumpur mengklasifikasikan kes tersebut sebagi kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mangsa yang berumur dalam lingkunan 30an ditemui tanpa sebarang pengenalan diri, berpakaian baju T warna hitam berbelang biru, berseluar jean biru dan memakai tali pinggang warna gelap jenama Adidas. Lengan sebelah kiri mangsa bertatoo lambing sarang labah-labah dengan tulisan 08 manakala lengan kanan bertatoo lambang matahari. Mangsa memakai gelang warna kuning ditangan kanan dan memakai jam jenama casio hitam ditangan kiri’.
Mayat simati telah di hantar ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) untuk bedah siasat dan siasatan diteruskan bagi mengenalpasti motif pembunuhan. Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ditalian 03-90516222 atau Bilik Gerakan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Kontnjen Kuala Lumpur ditalian 03-21460685 atau Hotline PolisKL 03-21159999 / SMS ke 32728 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.
SUMBER FACEBOOK PDRM
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.