SINDIKET EDAR DADAH TERBESAR TUMPAS, DADAH RM1.35J DIRAMPAS

Sindiket pengedaran dadah terbesar di daerah ini tumpas apabila kira-kira 27 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM1.35 juta dirampas dalam satu serbuan di sebuah hotel di bandar ini Rabu lalu.

Serbuan dilakukan oleh sekumpulan anggota Jabatan Narkotik dan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira pukul 4.45 petang.

Hasil serbuan polis menemui 60 paket plastic dipercayai mengandungi heroin seberat 27 kilogram yang disembunyikan dalam sebuah bilik di hotel berkenaan dan menahan seorang lelaki berusia 40 tahun.

SUMBER : KOSMO


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan