dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga mengakibatkan dua individu cedera di sebuat pusat hiburan dekat Setiawan di sini awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba mereka yang diburu ialah C. Devendran, 21, dan M. Ramanan, 22, yng kedua-dua mereka berasal dari Sitiawan.
Identiti seorang lagi suspek sedang dikenal pasti.
"Namun dua suspek berkenaan yang mempunyai lima kes jenayah lampau berkaitan samun bersenjata parang dipercayai telah melarikan diri ke negeri lain," katanya
kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila dua mangsa berkenaan didatangi empat lelaki dan terus menyerang mereka menggunakan senjata dipercayai parang pada pukul 4.30 pagi.
Jaafar berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku berpunca daripada selisih faham dan ketika itu pihak berkenaan dipercayai berada dalam keadaan mabuk.
Kedua-dua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang menggunakan senjata, katanya.
Mengenai statistik kes jenayah di Manjung, beliau berkata tahun lepas ia menunjukkan penurunan sebanyak 164 kes daripada 972 kes pada tahun 2012. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.