TIMBUNAN KOTAK ROKOK DALAM KERETA, SATU LELAKI DITAHAN

BANTING, 24 Januari - Ratusan kotak rokok kretek jenama Suria dan Semporna bernilai lebih kurang RM25,000 berjaya dirampas di Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor. Kesemua rokok tersebut dipercayai cuba diseludup sebelum diedar kepada pembeli di kawasan sekitar.

Satu lelaki tumpas apabila kesalahannya itu telah dihidu oleh anggota MPV yang telah menahan kenderaannya ketika sedang meronda di kawasan Tanjung Sepat. Hasil pemeriksaan telah menjumpai ratusan kotak rokok di dalam kereta yang dipandu lelaki tersebut. Pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut juga mendapati, nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

Pihak polis kemudiannya bertindak menahan seorang lelaki Cina berumur lingkungan 30 tahun, yang berasal dari Kampung Permatang Pasir, Banting. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM beserta kesemua rokok yang ditemui untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 135(d) Akta Kastam 1967.

SUPT. AZMAN B. ABD RAZAK,
KETUA POLIS DAERAH KUALA LANGAT.


sumber FB Polis Selangor



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
0 1 9 3 5 0 8 9 8 9 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
" Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan