Melaka, 4 Feb - Sebanyak 10 orang lelaki termasuk dua beranak ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menikam dua lelaki di di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 60-an itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Melaka Tengah beberapa jam selepas kejadian pukul 4 pagi itu.
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga Jumaat ini.
Dalam kejadian itu, dua lelaki yang berusia sekitar 20-an yang sedang berhibur di pusat hiburan tersebut dipercayai ditikam oleh seorang daripada suspek, dipercayai akibat merebut wanita.
Mangsa kini dilaporkan stabil di Hospital Melaka.
Salehhudin berkata para suspek melarikan diri sebaik kejadian berlaku. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.