BUNUH RAKAN, PEMANDU LORI KE TALI GANTUNG

Pulau Pinang - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati di tali gantung terhadap seorang pemandu lori yang didapati bersalah membunuh rakannya dengan tukul besi setelah mangsa dikatakan cuba mencabul anak perempuannya, tiga tahun lalu. 

R. Enthiran, 34, didapati bersalah membunuh M. Asokhkumaran, 34, menggunakan tukul besi dalam satu pergaduhan di rumah No 15, Lorong 10/SS3 Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, dekat sini pada pukul 3 pagi, 28 Ogos 2011.

Mayat Asokhkumaran dicampak ke dalam longkang berhampiran sebuah kuil di Simpang Ampat sebelum tertuduh melupuskan motosikal mangsa di tepi sungai berhampiran. 

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Sumber: Utusan Malaysia


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan