DUA SUSPEK SAMUN KAJANG BERJAYA DIBERKAS

KAJANG, 9 Februari - Dua lelaki Melayu disyaki terlibat dalam satu kejadian samun di Tanah Perkuburan Cina Sungai Kantan, Kajang pada selasa lalu diberkas polis. 

Kedua-dua suspek ditahan oleh sepasukan dari Task Force, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Pindah, Sungai Kantan, Kajang pada jam lebih kurang 2.50 pagi tadi.

Berikutan serbuan tersebut, pihak polis telah merampas sebuah motosikal, beberapa unit telefon bimbit dan sejumlah wang tunai untuk siasatan lanjut. Suspek berusia 19 dan 21 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


SUMBER FACEBOOK POLIS SELANGOR

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan