Kemaskini !!! - Maksud Tersurat dan Tersirat Logo Komuniti

Update terkini tentang maksud penuh tersurat dan tersirat disebalik perkara yang terkandung di dalam logo komuniti ( Maksud Logo Komuniti ) :- 


1. Logo Berbentuk Bulatan : Bak kata pepatah "Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Manusia kerana Muafakat". InsyaAllah dan moga diperkenankan harapan dan hajat pengasas @ pemilik channel zello, semoga hubungan baik dikalangan semua ahli komuniti dulu, kini dan selamanya kekal hingga akhir hayat sebagai satu komuniti. Walaubagaimanapun, "kita tak mungkin mampu memuaskan hati semua orang". Sebagai alternatif, kami berharap agar dengan komuniti semua ahli dapat manfaat.

2. Patahkata "Rakan Perkongsian Informasi" : Bermaksud komuniti bukanlah agen pelaksana tugas berkaitan sebaliknya adalah hanya sebagai agen hebahan informasi berkaitan. Dalam bahasa mudah difahami, "kita bukan kaunter pertanyaan tapi kita rakan perkongsian". Membawa maksud sambil kita bertanya sambil itu jugalah kita berkongsi.

3. Lambang 3 Tubuh Manusia : Bermaksud 3 komuniti gabungan yang bergabung atas inisiatif pemilik-pemilik channel zello itu sendiri. Channel tersebut adalah seperti berikut :-

a. Channel : Rakan COPS PDRM ( kpttrakancopspdrm ) sebagai community-leader. 
b. Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ( kpttlus ) dan ...
c. Channel : Hentian rehat & Rawat ( kpttrnr ).

4. Logo Zello : Bermaksud SEMUA ahli komuniti adalah pengguna Perisian/Aplikasi "Komunikasi Dua Hala Percuma" yang dinamakan sebagai Zello - Live Conversation ( Dahulunya dikenali dengan nama LoudTalks ). Dimana aplikasi ini disokong oleh Sistem-Sistem Operasi Gadget Komunikasi Terkini ( terutamanya Telefon Bimbit / Smartphone seperti Android, Blackberry, Iphone malah juga PC ). Untuk info lebih lanjut, sila layari laman sesawang : http://www.zello.com.

5. Patahkata " Komuniti PTT Zello" : Bermaksud ... rakan ahli adalah pengguna aktif perisian komunikasi dua hala bernama Zello. Patahkata juga merujuk kepada maksud simbolik "jambatan" penghubung dan perhubungan komunikasi sesama ahli. 

6. Lambang " Jalanraya " : Bermaksud perkongsian informasi trafik dan cuaca juga maklumat insiden berkaitan dijalanraya. Juga merujuk kepada sepanjang lokasi Lebuhraya Utara-Selatan yang bermula di negeri Perlis dan berakhir di negeri Johor ... termasuk bandar-bandar utama sepanjang laluan lebuhraya berkenaan. Lambang ini lebih merujuk kepada Channel : Lebuhraya Utara-Selatan dari satu sudut pandangan dan juga merujuk kepada Channel : Rakan COPS PDRM dari sudut pandangannya yang lain ( dimana lambang jalanraya juga membawa maksud "pemantauan rakan sahabat di jalanraya" sekiranya hebahan kenderaan hilang diutarakan di dalam channel ).

7. Patah kata "Lebuhraya Utara-Selatan & Rakan COPS PDRM" : Merujuk kepada nama channel rakan perkongsian informasi terbabit dalam komuniti di arena penggunaan Aplikasi Zello & Smartphone. 

8. Warna " Hitam / Putih " : Bermaksud gelombang keadaan semasa sama ada merujuk kepada dunia sebenar mahupon dunia Zello itu sendiri. Sebagai langkah terkini, "Etika Beroger Dalam Komuniti" dilaksanakan. Hitam dan putih juga melambangkan keadaan dimana adakalanya situasi OK dan adakala situasi adalah sebaliknya !!!. KOMUNIKASI BERKESAN adalah Elemen Utama dalam setiap komunikasi di dalam channel.

9. Biru melambangkan PDRM di Channel : Rakan COPS PDRM 

10. Hijau melambangkan LUS di Channel : Lebuhraya Utara-Selatan. 


Nota : 

Idea asal logo disumbangkan oleh RC006, RC018, RC001, RC007 dan mungkin mereka-mereka yang tidak mahu disebutkan Callsignnya. Logo juga difinalkan termasuk pewarnaan seperti dipersetujui oleh RC010. LOGO AKHIR adalah hasil sumbangan Rakan Romeo Charlie di Negeri Sarawak ( kini TIADA bersama komuniti kerana kesibukkan tugas-tugas rasmi - perniagaan )

Sedikit perkongsian buat semua rakan berdaftar komuniti ( RC Callsign ) ..., 

Komuniti adalah dimulakan pertamanya dengan Channel : Lebuhraya Utara-Selatan. Disebabkan oleh channel diubahsuai tatacara dan etika berkomunikasi, ( Info Trafik Sepenuhnya dan TIADA Sembang Kosong !!! ) maka, wujudlah Channel : Rakan COPS PDRM atas keprihatinan dan semangat "beroger" RC001|[PDRM]|SiLent_DaD. 

Dari semasa ke semasa timbul pelbagai persoalan dan cadangan bagi menambahbaikkan keadaan dan komuniti. Perbincangan demi perbincangan dibuat dari semasa ke semasa secara tidak rasmi. Maka, timbullah nama Channel : Hentian Rehat & Rawat. Apapun maksud tersirat disebalik nama Channel : Hentian rehat & Rawat masih lagi GAGAL mencapai maksud sehinggalah ke hari ini.

Oleh yang demikian, cadangan mendapatkan kerjasama dikalangan komuniti lain yang dirasakan sesuai dimulakan. Maka, tibalah Radio Online Bara FM. Namun, keupayaan radio ini masih menghampakan dan secara rasminya kerjasama dimansuhkan.

Komuniti kembali bergerak seperti biasa dan timbul pula percubaan jalinan kerjasama dengan Persatuan Genderang Nusantara Malaysia, menggantikan Radio Online bara FM. Seawal percubaan, timbul pelbagai respond yang kurang bersetuju dikalangan pemantau-pemantau channel dan channel gabungan dengan seribu satu maksud tersurat dan tersirat. Akhirnya, percubaan kedua juga menemui jalan buntu. Kerjasama komuniti bersama Persatuan Genderang Nusantara Malaysia juga dimansuhkan.

Komuniti kembali bergerak seperti biasa dan sepertimana sebelumnya, keinginan untuk menjadikan komuniti agar dikuasakan oleh pelbagai kebolehupayaan, amat menebal dan bermulalah pula percubaan jalinan kerjasama dengan Radio Online Gegau FM. Dimiliki dan dikuasakan oleh pengurusan yang hampir 80% individu yang sama sepertimana Radio Online Bara FM ( Bara FM = Gegau Fm ). Namun, belum pun bermula, jalinan kerjasama terpaksa dimansuhkan bagi memberi laluan kedua-dua komuniti menjalankan aktiviti komuniti masing-masing dengan cara masing-masing. 

Akhirnya, dengan sebulat suara dan mendapat kata sepakat majoriti, daripada rakan pengurusan dan rakan pemantau, komuniti kembali seperti sediakala ... iaitu dijalankan dan dikuasakan oleh orang-orang dalam komuniti tanpa sebarang jalinan kerjasama sepertimana percubaan-percubaan sebelumnya.

Semoga bermanfaat buat semua ... Dulu, Kini dan Selamanya ... Kongsikanlah.




Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan