LIMA LELAKI DITAHAN, RAMPAS TIGA SENJATA API BUATAN SENDIRI DI KALABAKAN

PENAFIAN : Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM adalah komuniti bebas dan tidak ada kena mengena dengan pengurusan pihak www.RakanCop.net. Harapan kami hanyalah, semoga segala kemudahan interaksi digital / komunikasi dua-hala terkini ( www.zello.com ) mampu menzahirkan sesuatu demi kebaikan bersama. Insya-ALLAH

TUKARKAN HURUF KEPADA PERKATAAN - KOD ALPHA

Tawau, 4 Feb - Polis menahan lima lelaki dan merampas tiga laras senjata api buatan sendiri dekat hutan simpan Gunung Rara, Kalabakan semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua lelaki yang berumur antara 32 dan 53 tahun itu ditahan kira-kira 8.20 pagi dalam 'Ops Buru' oleh sepasukan pegawaiJabatan Perhutanan.

"Mereka ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan semasa menuju ke kawasan hutan simpan itu. Semasa pemeriksaan, polis menemui tiga laras senjata api buatan sendiri itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka dipercayai cuba memburu di kawasan hutan simpan itu.

Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, katanya. - BERNAMA



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan