RM84,000 dalam lima minit

KOTA BHARU: Bagaikan aksi perompak dalam filem Hollywood, sekumpulan tiga penjenayah mengikat mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan tali sebelum merentapnya menggunakan kenderaan dan melarikan wang tunai berjumlah RM84,000 hanya dalam tempoh lima minit dalam kejadian di premis mesin ATM di depan Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, penjenayah terbabit mengeluarkan mesin ATM berkenaan sebelum membukanya menggunakan besi pengumpil dan melarikan wang di dalamnya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, berdasarkan siasatan awal, penjenayah dikatakan menggunakan kenderaan sama ada Honda CRV atau Suzuki yang menggunakan sistem pacuan empat roda.

"Kamera litar tertutup (CCTV) di premis sudah disembur cat. Berdasarkan temubual dengan saksi ada yang mengatakan melihat kenderaan jenis Honda CRV digunakan penjenayah untuk menarik mesin ATM itu dan ada pula yang mengatakan melihat kenderaan jenis Suzuki yang menggunakan sistem pacuan empat roda.

"Kita percaya, penjenayah yang terbabit profesional dan bukannya penjenayah yang gagal melarikan wang dari mesin ATM di Nilam Puri dan Kubang Kerian sebelum ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, tadi.
@Islam Agama Ku




Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan

Message on WhatsApp