KUCHING: Seorang askar ditahan
reman selama empat hari bermula semalam kerana disyaki terlibat dalam kes
rogol gadis bawah umur.
Pendaftar Mahkamah Aida Montong
membenarkan tahanan reman itu bagi memudahkan polis untuk menjalankan siasatan
kes berkenaan.
Tempoh tahanan reman suspek yang
berasal dari Simunjan akan tamat pada 10 Februari ini.
Menurut laporan, seorang gadis
berusia 17 tahun yang kini mengandung empat bulan tampil membuat laporan polis
terhadap suspek kerana tidak mahu mengahwininya.
Mangsa mendakwa mereka telah
menjalinkan hubungan kelamin lebih daripada 10 kali sejak berkenalan dua tahun
lalu ketika mangsa berusia 15 tahun.
Malah, suspek sebelum ini juga
berjanji dengan mangsa untuk mengahwininya, namun suspek berubah fikiran
selepas mendapati mangsa hamil.
Kes itu kini disiasat di bawah
Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20
tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah.
Sumber:Utusan Borneo
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.