Johor Bahru, 4 Feb - Polis menahan seorang suspek lelaki dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pemandu teksi di Kahang, Kluang semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata suspek berumur 35 tahun itu ditahan di Kampung Sri Cahaya, Kluang.
Tengah hari semalam seorang pemandu lelaki berusia 60 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah, dengan kesan kelar di tangan dan tikaman di perut, hasil laporan orang ramai.
"Penjenayah merupakan bekas penagih dadah dan akan ditahan reman bagi meneruskan siasatan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan pihak polis juga mendapati penjenayah telah melakukan samun terhadap si mati.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.