Ilmu Akhir Zaman



WARGA EMAS DITEMUI MATI TERGANTUNG DALAM BILIK

PENAFIAN : Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM adalah komuniti bebas dan tidak ada kena mengena dengan pengurusan pihak www.RakanCop.net. Harapan kami hanyalah, semoga segala kemudahan interaksi digital / komunikasi dua-hala terkini ( www.zello.com ) mampu menzahirkan sesuatu demi kebaikan bersama. Insya-ALLAH

MIRI: Seorang lelaki warga emas ditemui mati tergantung dipercayai membunuh diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ceria, Bandar Baharu Permyjaya, di sini pagi semalam.
Si mati yang dikenali sebagai Jau Jok, 61, dari Sungai Dua, Baram ditemui tergantung pada seutas tali nilon yang diikat pada besi jeriji tingkap di bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas rumah keluarganya.
Kejadian itu hanya disedari oleh menantunya, Francis Ngo, 33, yang pulang dari kerja sekitar jam 10 pagi semalam.
Difahamkan semasa kejadian, hanya mangsa dan seorang anak perempuannya, Mary Jau, 31, berada di rumah manakala isteri si mati yang bekerja sebagai tukang cuci dan menantu (Francis) pergi kerja.
Menurut Mary sebaik tiba di rumah, suaminya terus masuk ke bilik mereka yang terletak di tingkat atas sebelum keluar semula ke bawah sambil melintasi hadapan pintu bilik tidur kedua-dua ibu bapanya.
“Suami nampak bilik tidur ayah tidak ditutup rapat, justeru dia menjenguk ke dalam untuk melihat keadaan ayah yang disangka tidur.
“Namun, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ayah dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri.
“Serentak dengan itu, dia turun ke bawah untuk memberitahu saya tentang kejadian tersebut dan seterusnya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Mary memberitahu bahawa dia sedar ayahnya tidak keluar bilik sejak pagi namun tidak menghiraukannya kerana menyangka ayahnya sedang tidur.
“Lazimnya pada waktu pagi begini, kalau dia tidak keluar bilik bermakna dia tidur.
“Justeru, saya tidak mahu mengejutkan atau mengganggunya.
“Saya langsung tidak menduga sesuatu yang buruk berlaku kerana ketika bangun jam 4 pagi tadi (semalam), saya nampak ayah sedang duduk seorang diri di ruang tamu di tingkat bawah,” katanya sambil menangis.
Menurut Mary, ayahnya memang ada mengalami masalah mental namun telah berhenti mengambil ubat.
Katanya walaupun ada masalah mental namun ayahnya tidak pernah bertindak agresif sehingga mengancam keselamatan mereka sekeluarga.
“Ayah juga pernah cuba menggantung diri sebanyak dua kali iaitu pada Jun dan November 2012 namun tidak berjaya setelah tindakannya itu disedari kami sekeluarga,” katanya sambil memberitahu bahawa ayahnya ada mengadu tidak sihat kepada ibunya malam kelmarin.
Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Sumber:Utusan Borneo



TUKARKAN HURUF KEPADA PERKATAAN - KOD ALPHA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan