35 GRO TERMASUK SEORANG REMAJA 13 TAHUN DITAHAN DI MELAKA

Melaka, 4 Mac - Polis menahan 35 wanita warga asing termasuk seorang remaja berusia 13 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Banda Hilir di sini awal hari ini. 

Ketika serbuan lebih dua jam bermula 12.30 pagi tadi, kesemua mereka yang terdiri daripada 32 wanita warga Vietnam dan tiga wanita warga Indonesia sedang leka melayan pelanggan di premis tersebut. 

Ketua Unit Pencegahan Maksiat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ASP Shahrulnizam Jaafar berkata hasil siasatan mendapati 34 wanita terbabit menyalahguna pas lawatan sosial manakala remaja warga Vietnam itu dipercayai menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia. 

"Kesemua wanita tersebut dipercayai memasuki negara ini menerusi sindiket pelacuran sejak awal tahun lepas menggunakan laluan darat dan udara," katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pelanggan membayar RM150 sejam untuk aktiviti seks manakala RM500 hingga RM600 semalam untuk khidmat sama. 

Katanya siasatan turut mendapati pusat hiburan setingkat berkenaan telah beroperasi lebih lima bulan tanpa lesen. 

Shahrulnizam berkata polis turut menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 40 tahun dipercayai pengurus, juruwang dan DJ pusat hiburan terbabit. 

Beliau berkata 'ibu ayam' warga Vietnam berusia lingkungan 30-an bagaimanapun berjaya meloloskan diri dalam serbuan terbabit. 

Katanya kesemua yang ditahan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan