DIMINTA SEMUA AHLI CP MEMBANTU UNTUK MENGESAN PENAMA "LIM AH BAH" YANG KENAL DIRINYA SEBAGAI MEJAR KEHORMAT RELA. BELIAU DIMAKLUMKAN BAHAWA TELAH MENIRU REKA BENTUK KAD IDENTITI COMMUNITY POLICING MALAYSIA DAN MENGEDARKAN KAD ITU DI SEKITAR KAWASAN SEBERANG PRAI SELATAN, PULAU PINANG.
BERDASARKAN MAKLUMAT AWAL, KITA PERCAYA PENAMA INI TELAH MENYAMAR SEBAGAI PENGASAS E-KEPOLISAN MASYARAKAT DAN MENYALAHGUNAKAN LAMANWEB CP IAITU WWW.COPS.ORG.MY DALAM KAD TIRUAN ITU.
TAMBAHAN PULA, NOMBOR PERHUBUNGAN YANG TERTERA DALAM KAD TIRUAN TERSEBUT BUKAN KEPUNYAAN PENAMA ITU, TETAPI IA MERUPAKAN NOMBOR TERUS BALAI POLIS SIMPAT AMPAT BAWAH IPD SEBERANG PRAI SELATAN. INTENSI PENAMA ITU ADALAH DIPERCAYAI CUBA MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH DAN PANGGILAN DARIPADA ORANG RAMAI ATAU AHLINYA.
KITA BERASA AMAT KESAL ATAS TINGKAH LAKU SEDEMIKIAN DIPERCAYAI TELAH MENGELIRUKAN MASYARAKAT UMUM TERUTAMANYA DI SEKITAR KAWASAN PULAU PINANG.
ADALAH DITEGASKAN BAHAWA IBU PEJABAT CP MALAYSIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS PENYALAHGUNAAN KAD IDENTITI CP TIRUAN YANG BUKAN DISAHKAN OLEH KITA. DAN KITA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG CUBA MENYAMAR ATAU MEMBURUKKAN NAMA BAIK COMMUNITY POLICING MALAYSIA.
SEKIAN.
DARIPADA IBU PEJABAT COMMUNITY POLICING MALAYSIA
SUMBER FB COMMUNITY POLICING BANDAR MAHKOTA CHERAS
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.