Kulaijaya, 8 Mac - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bersama 54 gram syabu bernilai RM13,500 di Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Ruslan Khalid berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 20 hingga 50 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya dan Unit Peronda Lebuhraya Plaza Tol Kempas pukul 9 pagi.
"Kesemua mereka menaiki sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu seorang lelaki ketika ditahan polis. Pemandu terbabit, bagaimanapun, gagal ditahan polis kerana melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ruslan berkata pemeriksaan ke atas kereta terbabit kemudian menemui dua paket plastik lutsinar yang mengandungi syabu berkenaan yang dipercayai mampu dibekalkan kepada 110 orang.
Beliau berkata ujian air kencing mendapati kedua-dua lelaki dan wanita itu positif methamphetamine dan mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Dalam kes lain, Ruslan berkata polis dapat menyelesaikan 30 kes berhubung kegiatan pemalsuan dokumen perjalanan diri warga asing selepas menahan seorang lelaki rakyat Pakistan selepas menyerbu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai, Khamis lepas.
Dalam operasi khas bersepadu bersama Jabatan Imigresen itu, polis turut merampas 33 pasport dan permit kerja yang sudah diubah suai bersama telefon bimbit, komputer riba, alat pengimbas dan beg.
Lelaki berumur 31 tahun itu didapati menetap di negara ini sejak dua tahun lepas dan tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah. Suspek kini ditahan untuk siasatan. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.