Ilmu Akhir Zaman



EMPAT PENGEDAR DADAH DITAHAN BERSAMA DADAH BERNILAI RM75,000, PISTOL DAN PEDANG

KUANTAN, 28 Mac - Empat lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama dadah bernilai RM75,000 di sebuah chalet di Kampung Cherating Lama dekat Cherating di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan, sebilah pedang, sebilah pisau dan wang tunai RM400 dalam serbuan itu.

Katanya serbuan jam 6 petang itu dilakukan oleh sekumpulan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pahang yang diketuai ASP Wan Zulkifly Sahabaludin.

"Hasil pemeriksaan di dalam chalet itu polis menemui lima botol dadah jenis heroin seberat 20.7 gram, dadah jenis ganja seberat 248.6 gram, 2,000 biji pil kuda dan 119 biji pil ecstasy dengan jumlah keseluruhannya bernilai kira-kira RM75,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal juga mendapati tiga daripada suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun dan berasal dari Terengganu itu didapati positif dadah.


sumber FB Polis Pahang

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan