Pelabuhan Klang, 8 Mac - Menangkap ikan di kawasan kurang dari 5 nautika menggunakan bot tunda kelas B adalah menjadi kesalahan di mana telah melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 sepertimana diperuntukkan.
Ia ekoran daripada tertangkapnya enam orang nelayan yang menangkap ikan di perairan laut Tanjung Karang kurang dari 5 batu nautika menggunakan tiga bot petang semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis ikan yang dianggarkan bernilai RM500.
"Kawasan tersebut merupakan tempat penangkapan ikan oleh bot-bot nelayan tradisional menggunakan jaring yang terdiri daripada sampan-sampan kecil dan kami memandang serius kes pencerobohan kawasan seperti ini kerana boleh menimbulkan pergaduhan di antara nelayan pukat tunda dengan nelayan pantai," katanya lagi.
Kesemua suspek dan bot diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.
sumber FB PDRM
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.