GELAP MATA DEK RM600

Seorang remaja perempuan yang berumur 17 tahun antara ditahan pihak polis dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Amandi sebuah pusat hiburan malam kelmarin.

Remaja perempuan yang berasal dari Negeri Sembilan itu sanggup meninggalkan keluarganya untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) kerana tarikan gaji lumayan yang ditawarkan oleh majikan di pusat hiburan tersebut.

Seramai 12 wanita berusia 17 hingga 35 tahun ditahan dikenal pasti sebagai rakyat tempatan manakala 14 lagi adalah wanita warga asing membabitkan warga Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

Siasatan awal pihak polis mendapati pemilik pusat hiburan tersebut menggaji pekerja warga asing sebagai GRO dan tidak menolak kemungkinan semua wanita yang ditahan menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan dengan bayaran antara RM400 hingga RM600.


Sumber: Harian Metro

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan