Kuala Lumpur, 16 Mac 2014 - Berhubung kejadian pengambilan dadah di Festival Future Music 2014 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat dan Sabtu lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras masih terus memantau dan menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.
Sehingga kini jumlah yang meninggal dunia akibat kejadian tersebut adalah seramai (6) orang. Seorang warga negara Singapura yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur(HKL) telah dibenarkan keluar, manakala seramai (14) mangsa masih lagi menerima rawatan di tiga buah hospital yang masing-masing (3) orang di HKL, (1) orang di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) dan 10 orang di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). Mangsa yang menerima rawatan terdiri daripada (9) warga negara Singapura, (1) Malaysia, (1) Myanmar, (1) Iran, (1) Taiwan dan (1) belum dikenal pasti kewarganegaraannya. Kesemua mangsa yang dirawat kini berada dalam keadaan stabil.
Sepanjang festival tersebut berlangsung sebanyak (29) kes tangkapan telah dibuat ke atas pengunjung kerana penyalahgunaan dadah yang melibatkan (13) orang warga negara Malaysia dan (16) orang warga negara asing.
sumber FB Polis KL
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.