Ilmu Akhir Zaman



MAYAT DIPERCAYAI WARGA ASING DITEMUI DALAM LADANG KELAPA SAWIT

Ipoh, 3 Mac - Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui seorang penternak lembu di ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang di Pusing semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata mayat itu yang ditemui kira-kira 7.30 malam, dipercayai dibunuh berikutan kesan pukul dan langgar pada tubuhnya.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kurang 12 jam dan disyaki dibunuh di kawasan lain sebelum mayatnya dibuang di ladang itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati adanya kerosakan dalaman di bahagian dada dan rusuk mangsa yang berusia dalam lingkungan 35 hingga 40 tahun.

Menurutnya identiti mangsa tidak diketahui dan dipercayai bukan warga tempatan kerana tiada kesan suntikan BCG pada badannya.

Sehubungan itu, Shaharon Anuar meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga dan pekerja supaya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Batu Gajah. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu juga diminta tampil untuk membantu siasatan, katanya. - BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan