PELATIH, WARDEN DITAHAN POLIS

Tumpat - Seramai 11 pelatih pusat pemulihan dadah di Wakaf Bharu, di sini dan seorang warden berusia 43 tahun dicekup polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang pelatih remaja di pusat itu awal pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Zaharudin Rasip, dalam kejadian pukul 2.30 pagi mangsa, kesemua suspek berusia 16 hingga 43 tahun difahamkan telah memukul mangsa, Muhammad Aiman Syahmi Hamdan, 18, dengan batang penyapu dan paip getah di tempat kejadian. 

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera parah di seluruh badan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tumpat di sini untuk mendapat rawatan segera. 

"Siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan objek panjang seperti batang penyapu dan paip getah," katanya di sini semalam. 

Jelasnya, hasil laporan bedah siasat Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu di sini mendapati terdapat kesan lebam di muka, tulang rusuk, tangan, siku, lutut dan paha mangsa. 

Katanya, kesemua suspek di bawa ke Mahkamah Majistret, Kota Bharu semalam untuk mendapat perintah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes itu. 


Sumber: Kosmo

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan