Ilmu Akhir Zaman



PEMANDU 4WD TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DENGAN BAS EKSPRES DI JAWI DICARI

Nibong Tebal, 30 Mac - Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berhubung kemalangan antara kenderaannya dengan sebuah bas ekspres di Km 164, Lebuhraya Utara Selatan arah ke utara berhampiran Jawi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Safien Mamat berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, pemandu berusia lingkungan 40-an itu dipercayai melarikan diri sebaik berlaku kemalangan dan meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

"Sehingga pagi ini, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai seorang lelaki Melayu itu masih gagal dikesan dan dia juga masih lagi belum membuat sebarang laporan polis berhubung kemalangan itu.

"Berikutan itu, kita berharap agar dia dapat tampil dengan segera untuk membuat laporan mengenai kemalangan terbabit dan membantu siasatan kes," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan itu, seramai 16 penumpang bas ekspres berkenaan nyaris maut selepas bas yang mereka naiki terbalik kira-kira pukul 9.44 malam.

Sebanyak enam penumpang cedera parah manakala lapan yang lain termasuk dua pemandu bas itu mengalami kecederaan ringan.

Bas itu yang dalam perjalanan dari Genting Hinglands menuju Alor Setar dilaporkan terbabas selepas sebuah kereta memotongnya dari sebelah kanan.

Shafien berkata enam penumpang yang cedera parah dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Katanya dua daripada mereka patah kaki selepas tersepit dalam bas dan seorang patah tangan manakala selebihnya mengalami luka serta lebam akibat terpelanting di dalam bas.

"Manakala lapan yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di
Hospital Sungai Bakap," katanya. - BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan