Ilmu Akhir Zaman



POLIS MINTA MAKLUMAT BERHUBUNG KES ROMPAKAN KEDAI TELEKOMUNIKASI DI KEMAMAN

Kuala Terengganu, 31 Mac - Pihak polis meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat berhubung kes rompakan kedai telekomunikasi di Bandar Seri Bandi, Kemaman pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata setakat ini pihaknya tidak mempuyai maklumat terperinci berhubung lima suspek yang dipercayai melakukan kegiatan berkenaan.

"Kita juga telah mengambil keterangan dari mangsa yang terlibat, namun identiti kelima-lima suspek masih samar selain mangsa juga tidak mengingati nombor pendaftaran kereta Proton Persona bewarna Perak yang dinaiki kumpulan lelaki itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kedai itu dilapor mengalami kerugian kira-kira RM13,000 apabila barangan kemas individu serta berberapa telefon bimbit dilarikan kumpulan lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 1.10 petang.


BERNAMA

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan