Ilmu Akhir Zaman



SCAM ALERT: Love Scam

Memancing cinta menggunakan kata-kata romantis dan janji-janji palsu untuk memperdaya mangsa merupakan taktik penipuan ‘Love Scam’ yang digunakan untuk menjerat mangsa kebanyakannya wanita yang kesepian dan ingin mencari pasangan. 

Modus Operandi:
1. Sindiket akan menghantar mesej secara rawak melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan e-mel untuk menjerat mangsa.
2. Sindiket akan mula bertindak apabila mangsa memberi respon kepada mesej yang dihantar.
3. Sindiket akan menggunakan profil akaun palsu dan menyamar sebagai lelaki kulit putih atau melayu untuk memujuk dan meyakinkan mangsa. 
4. Setelah mangsa terjerat dengan cinta sindiket, sindiket mula menagih simpati dan meminta pertolongan dari segi kewangan daripada mangsa. 
5. Mangsa yang terpedaya akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sindiket. 
6. Setelah wang dimasukkan dan diterima, sindiket akan terus menghilangkan diri.

Nasihat Polis
1. Pengguna internet perlu tahu bahawa terdapat akaun laman sosial yang menggunakan identiti palsu di ruang internet.
2. Jangan memberikan butir peribadi atau maklumat akaun kepada kenalan baru.
3. Jangan mudah bersimpati dengan orang yang baru dikenali.
4. Sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan kenalan yang hanya dikenali melalui Internet.


sumber FB PDRM



Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan