Suspek berumur 24 tahun.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning berkata pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana penglibatan suspek dalam kes tersebut.
"Pihak polis juga akan memanggil beberapa orang saksi termasuk rakan mangsa. Kita akan menjalankan siasatan dalam segenap sudut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mangsa yang berumur 26 tahun merupakan pelajar sebuah kolej swasta di Cheras, Kuala Lumpur tetapi tinggal di sini.
Abdullah berkata laporan bedah siasat mendapati kesan luka pada kepala mangsa adalah akibat terkena tembakan.
Mayat mangsa ditemui di bawah pokok di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartmen kira-kira 5.30 petang semalam.
BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.