Johor Bahru, 4 Feb - Kejayaan pasukan polis IPD Kluang berjaya menumpaskan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan. Pada 26/2/2014 jam 3.00 pagi pihak polis telah membuat serbuan di Kg. Tengah, Layang-Layang, Kluang, Johor. Dalam serbuan ini, seorang perempuan berumur 19 tahun telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah.
Hasil daripada penangkapan, pada 27/2/2014 jam 3.00 pagi, telah membawa kepada penangkapan 1 lelaki berumur 21 tahun merupakan rakan sejenayah saspek di Jalan Layang-Layang-Bukit Batu, Layang-Layang, Kluang.
Semakan rekod jenayah lalu salah seorang saspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah. Kedua-dua saspek ditahan reman sehingga 4/3/2014. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun, denda dan sebatan.
SINDIKET PECAH RUMAH DAN CURI KENDERAAN TUMPAS DI DAERAH KLUANG (5 photos)
KEJAYAAN POLIS MENUMPASKAN SINDIKET SAMUN KARGO DI DAERAH LEDANG.
Pada 28/2/2014 jam 5.00 Pagi, sebuah M/lori muatan perabot separuh siap telah disamun di Plaza Tol Tangkak, Ledang. Dalam kejadian ini, 3 lelaki bersenjatakan parang telah mengikat pemandu dan melarikan Motolori bersama muatan.
Bertindak di atas maklumat, pada 1/3/2014 jam 2.00 pagi pihak polis telah membuat beberapa siri serbuan di Seremban, Negeri Sembilan. Dalam serbuan ini, telah berjaya menahan 3 lelaki berumur 36 hingga 38 tahun merupakan pelaku jenayah dalam kes ini. Daripada penangkapan ini, Motolori bersama muatan yang disamun telah berjaya ditemui semula dan merampas barang-barang berikut:-
1. Dua bilah parang panjang.
2. Dua bilah parang pendek.
3. Satu pemutar skrew boleh laras.
4. Beberapa buah telefon bimbit pengadu yang disamun.
Semakan rekod jenayah lalu 2 saspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah. Kesemua saspek ditahan reman sehingga 8/3/2014 . Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Tertumpasnya kumpulan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan 6 kes samun lori bermuatan di Johor dan Negeri Sembilan.
sumber FB PDRM
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.