Bentong, 6 Mac - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan sebuah hotel di Jalan Jati, dekat Gohtong Jaya, Genting Highlands Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata ketiga-tiga suspek masing-masing berusia lingkungan 30an ditangkap selepas menerima maklumat orang awam.
"Dalam serbuan pukul 4.45 pagi itu, polis menemui tiga jenis dadah iaitu ketamine, pil Erimin 5 dan pil ecstasy pada suspek pertama yang juga seorang tukang servis penyaman udara.
"Seterusnya hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Mitsubishi yang dinaiki ketiga-tiga suspek tersebut menemui dua jenis dadah pil Erimin 5 dan ketamine," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan keseluruhan dadah itu bernilai lebih RM11,000.
"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Mereka kini ditahan di IPD Bentong untuk siasatan lanjut," katanya. - BERNAMA
Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "
Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian
0 Comments
Terima kasih tinggalkan komen anda si sini.