Ilmu Akhir Zaman



BEBERAPA JALAN DI PJ DITUTUP ESOK SEMPENA HARI PEKERJA

Petaling Jaya, 30 April - Beberapa batang jalan di sekitar sini akan ditutup esok secara berperingkat mulai 8 pagi sempena sambutan Hari Pekerja.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata jalan terlibat ialah sepanjang Jalan Timur dari persimpangan Jalan Sultan hingga persimpangan Lebuhraya Persekutuan.

Beliau berkata orang ramai yang ingin ke majlis sambutan itu boleh menggunakan Jalan Gasing atau menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi mengelak kesesakan.

Kira-kira 5,000 orang dijangka menyertai majlis sambutan anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu bermula 8 pagi hingga tengah hari di padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Beliau berkata lebih 400 anggota polis akan bertugas di sekitar kawasan perhimpunan.

BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan