KEJAYAAN JSJ IPD BRICKFIELDS

Kuala Lumpur, 23 April 2014 - Bertidak atas maklumat dan kejadian samun yang berlaku di Hotel Sentral, Jalan Thambypillai, Kuala Lumpur pada 15 April 2014 sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah melakukan serbuan ke sebuah rumah di Seksyen 3, Bandar Mahkota, Cheras, Kajang. Hasil serbuan berjaya menangkap seorang lelaki Melayu dan merampas pelbagai barangan seperti komputer riba, telefon bimbit, televisyen, alat pemotong dan beberapa peralatan lain termasuklah barangan yang berlambang polis seperti tali pinggang, baju pantul cahaya(vest)serta beret.

Hasil pendedahan dan siasatan ke atas suspek yang ditangkap membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki Melayu yang bertindak sebagai orang perantara membeli dan menjual barang-barang yang disyaki hasil samun. Tangkapan dibuat di Jalan 4/93, Taman Miharja, Kuala Lumpur dengan merampas (4) buah computer riba dan sebuah telefon bimbit.

Suspek dipercayai bersama rakan sepenjenayahnya melakukan samun dengan bersenjatakan pisau rambo dan gari dengan menyasarkan mangsa yang berseorangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata. Dengan tertangkapnya kumpulan ini polis percaya dapat menyelesaikan (4) kes yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dengan nilai rampasan mencecah RM 40,000.00.

Dalam kes berasingan pada 19 April 2014 satu kejadian kes samun telah berlaku di kedai 24 jam 7 Eleven, Jalan Desa, Taman Desa, Kuala Lumpur. Kerugian dianggarkan bernilai RM 1,807.60 membabitkan wang tunai di mesin kira-kira ‘cashier box’ dan pelbagai jenis rokok.

Bertindak atas maklumat dan kejadian tersebut sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu di Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Daripada tangkapan tersebut polis telah merampas pelbagai barangan milik suspek seperti telefon bimbit dan dompet duit yang mengandungi wang tunai pelbagai negara asing serta sebuah motosikal.

Siasatan lanjut yang dijalankan membawa sepasukan polis ke sebuah unit rumah di PPR Muhibbah, Taman Muhibbah, Kuala Lumpur dan hasilnya berjaya menahan (3) lelaki Melayu yang dipercayai rakan sepenjenayah kepada suspek pertama yang ditangkap. Hasil daripada tangkapan tersebut polis juga telah merampas pelbagai senjata merbahaya seperti parang, kerambit, pisau, gunting dan tukul besi serta barangan lain seperti t-shirt, sarung kepala juga telefon bimbit.

Kumpulan ini dipercayai melakukan samun dengan mengunakan senjata parang dan bergerak dalam kumpulan yang terdiri daripada dua orang menggunakan sebuah motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata. Dengan tertangkapnya kumpulan ini polis percaya dapat menyelesaikan (6) kes yang berlaku di sekitar daerah Brickfields dan kawasan Bukit Jalil.


SUMBER FB POLIS KL

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan