Ilmu Akhir Zaman



KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH DANG WANGI, KUALA LUMPUR - LARANGAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN

 Kuala Lumpur, 26 April 2014 - Mengambil kira isu-isu keselamatan dan ketenteraman awam di Bandaraya Kuala Lumpur yang dikhuatiri akan mendatangkan ketegangan serta mengganggu keselesaan orang awam, Polis Kuala Lumpur memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang akan dianjurkan oleh gabungan beberapa NGO pada 01 Mei 2014 ini di Kuala Lumpur kerana, pihak penganjur tidak memberitahu lokasi sebenar walaupun mereka ada menyatakan hasrat untuk cuba berhimpun di Dataran Merdeka.

Setakat ini, Polis Kuala Lumpur telah menerima sebanyak 31 laporan Polis berhubung bantahan terhadap perhimpunan ini dan kesemua laporan tersebut sedang dalam siasatan.

Untuk makluman, buat masa ini, Dataran Merdeka tidak boleh digunakan kerana masih dalam proses menaik taraf padang dan tidak sesuai digunakan untuk sebarang aktiviti. Terdapat mesin-mesin dan bahan-bahan binaan seperti besi-besi dan kayu-kayan yang masih berada di sekeliling padang Dataran Merdeka. Kerja-kerja masih dalam tindakan pihak kontraktor dan belum diserah semula kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya perhimpunan ini masih diteruskan juga, dikhuatiri kerja-kerja menaik taraf akan tergendala malah menambah kerosakkan lagi. Oleh itu, Polis Kuala Lumpur mencadangkan agar Penganjur mengadakan perhimpunan di Padang Merbok atau Stadium Merdeka.

Sekiranya diadakan juga perhimpunan ini di Dataran Merdeka, dikhuatiri akan membahayakan orang ramai yang menyertainya seterusnya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk disebabkan kumpulan ini akan bergerak dari beberapa lokasi penting menuju ke Dataran Merdeka.


SUMBER FB POLIS KL

Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan