Ilmu Akhir Zaman



MAYAT LELAKI TIDAK BERBAJU DITEMUI DI PULAU PERHENTIAN

Besut, 26 April - Mayat lelaki tidak berbaju ditemui di kawasan berdekatan Pantai Romantik, Pulau Perhentian Kecil semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mayat lelaki berumur 26 tahun itu yang ditemui kira-kira 12.20 tengah hari dikenali pasti sebagai Mohd Hazmi Hanafi dari Kampung Beris Cawat, Kuala Besut, seorang peniaga ikan.

Katanya mayat yang hampir busuk itu pada mula ditemui seorang pelancong yang kebetulan pergi ke tempat terpencil itu sebelum memaklumkan kepada pengurusan resort yang kemudiannya melaporkan kepada polis.

"Polis yang pergi ke tempat penemuan mayat itu mendapati si mati dalam keadaan terlentang tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek berwarna hitam serta bertali pinggang," katanya kepada media ketika ditemui di Program Kayuhan Mencegah Jenayah Bali Polis Jerteh di sini hari ini.

Menurut Kamaruddin, pada 21 April lepas, Balai Polis Kuala Besut turut menerima aduan daripada bapa si mati tentang kehilangan anaknya.

Mayat mangsa dibawa ke Rumah Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat.

- BERNAMA


Komuniti PTT Zello,  Channel : Rakan COPS PDRM
Pengerusi : 019-350-8989 - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Kongsikan Hebahan Bermanfaat Ini.
Terima Kasih. Sekian

Post a Comment

0 Comments

Ulasan